Setiap orang mencipta sejarahnya sendiri. Kepada orang lain mungkin sejarah diri kita tiada ertinya. Namun jika dipaparkan tentu ada kelainannya dengan sejarah orang lain. Sejarah diri saya kecil sahaja tetapi saya dapati saya banyak mencipta "sejarah pertama" yang mungkin tidak ada pada orang lain.
Pada tahun 1960 saya menjadi anak kampung saya yang pertama masuk ke sekolah menengah. Remove class (kelas peralihan). Sekolah Inggeris lagi. Dengannya menjadi orang pertama lulus Lower Certificate of Education (LCE)pada tahun 1963. PRM sekarang. Tahun 1965 menjadi orang pertama lulus Oversea School Certificate (OSC) kendalian University of Cambridge, London dan Malaysian School Certificate (MCE). Sijil saya ada tandatangan Prof DiRaja Ungku Aziz kerana dia wakil Cambridge di Malaysia.
Lalu jadilah saya orang pertama menjadi guru lulusan maktab. Pada tahun 1975 menjdilah pula orang pertama menjejak kaki ke Universiti Malaya. Menjadi orang pertama dari kampung saya yang bertugas di Politeknik Ungku Omar (1979-1990). Yang pertama bertugas di Sekolah Menengah Sains, Kluang (1975). Pertama di Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru (1993-1994)). Pertama di Politeknik Batu Pahat (1990-1993). Menjadi pensyarah sambilan pertama di USM cawangan Perak (1986-1988). Pertama di ITTHO, KUITTHO dan UTHM.
Pada tahun 1971 saya menjadi orang pertama mengadakan kenduri kahwin serentak di rumah isteri saya dan di rumah saya. Kebetulan jiran sekampung dan rumah kami dekat pula. Berjalan kaki sahaja.
Saya juga menjadi orang pertama bertugas di Terengganu. Pertama juga mengajar di sekolah Cina (Sekolah Menengah Chung Hwa Wei Sin, Kuala Terengganu).
Sejarah ini dijalin dalam negera dan luar negera. 1984-86 menjadi orang pertama sampai di Amerika Syarikat. Lalu menjadi orang pertama yang merealisasakan impian melalui saat-saat indah musim bunga yang cantik menawan, musim panas yang menyegarkan, musim luruh yang mengasyikkan dan musim dingin yang mendamaikan. Maka menjadilah saya orang pertama mendapat Ijazah Sarjana.
Di US saya ke Washington New York dan Niagara Falls. Sempat pula ke kilang membuat pinggan mangkuk Corning yang mengeluarkan Correlle dan Vision. Washington cukup mengasyikkan dengan Capitol House, White House, Washington Column, Lincoln Memorial, Jefferson dn sebagainya. Begitu juga muzium angkasa lepas yang penuh sejarah manusia dan angkasa. Dari New Jersey ke Manhattan saya melalui trowong bawah tanah yang jauhnya kira-kira lima-lapan kilometer. Seram, sunyi dan sayu.
Di New York saya sempat singgah di United Nation (PBB). Malangnya waktu terlalu petang. Tidak dapat membuat lawatan dalaman.
Kanada sempat saya lawati sebentar pada tahun 1985. Hanya di Niagara Fallas sahaja. Aduh! Air terjunnya menggamatkan. Saya dan anak-anak lalu di titian di bawah air terjun itu. Saya hanya mampu melaungkan azan memuji kebesaran Allah. Percikan airnya mencipta pelangi yang sentiasa indah. Deruannya mengaum memecahkan kesunyian. Manusia yang hadir tidak henti tali arusnya.
1986 saya jejakkan kaki di London. Orang pertama dari kampung saya yang melalui Hydes Park, Bukingham Palace, Kensington Park and palace (Lady Diana). Saya jejaki Oxford Street. Lalu di bawah Harrods. Bermain burung di Trafalgar Square dan Nelson Column. Merenung Tower Bridge, The Parlimen House, The Big Ben, underground tube.
Changing of the Guards di Buckingham Palace paling bersejarah sekali. Kebetulan diadakan trooping the colours (mengarak panji-panji). Warna warni. Sukar digambarkan keindahannya.
Perjalanan ke US melalui Hong Kong, Taiwan dan singgah di Narita, Jepun. Malamnya saya dan isteri menjadi pasangan pertama dari kampung saya yang memakai komono di hotel. Paginya kami dilayan istimewa bersama dengan lima orang anak saya.
O'Hare Airport di Chicago menjadi sejarah. Begitu juga lapangan terbang Pittsburgh di Pensylvania. Pertama di University of Pittsburgh. Catedral Of Learning bangunan universiti tertinggi di dunia menjadi sejarah kerana saya pernah di ruang legarnya yang luas dan naik ketingkat ke 36, ovservation deck. Panorama pemandangan di seluruh Bandaraya Pittsburgh. The number 1 city in the US.
Saya menjadi orang pertama menduduki rumah kerajaan (quarters) kelasa C. Ada ceritanya dalam pos yang lain. Saya menjadi orang pertama membersihkan keliling rumah saya hingga Politeknik Ungku Omar menjadikannya dasar untuk membersihkan ke seluruhan kawasan enam quarters yang ada.
1990 saya ulangi sejarah di Kanada. Kursus tiga bulan di Seneca College of Applied Technologi, Toronto dalam bidang Public Relations and Industrial Liaison. Kali kedua saya ulangi nikmat bermain salji. Sampailah saya ke Ottawa dan sempat bergambar di bangunan parlimennya.
Sebenarnya mungkin banyak lagi sejarah pertama yang saya cipta tetapi terlepas pandang. Nikmat itu kadang-kadang datang tanpa dirancang, tanpa diimpikan. Allah merancangkan yang terbaik untuk kita.
Sekarang ini saya boleh sandarkan diri, mengimbau saat-saat indah itu. Bukan sahaja rasa bersyukur malah ingin menjadikannya ulangan sejarah untuk generasi yang lain.
Anak-anakku, ciptaah sejarahmu. Warnai hidupmu. Sesunggunya sejarah kejayaan dan kegagalan akan memperksa azam, memperkaya harapan, menambahkan nikmat. Sampai akhir hayat ia akan terpendam jika tidak dikongsi. Suka duka hanya mainan. Yang abadi kenangannya sahaja.
No comments:
Post a Comment