Pada awal tahun akan berlaku kesibukan ibu bapa mengatur persekolahan anak-anak mereka. Ke mana anak-anak yang cemerlang UPSR dan PMR hendak dihalakan. Perlukah ke asrama penuh? Jika perlu apakah kelebihan-kelebihannya?
Ramai ibu bapa dan anak-anak mungkin tidak mengetahui bahawa asrama penuh adalah langkah pertama menuju kejayaan paa msa hadapan. Enam dari sembilan anak saya adalah lulusan asrama penuh. Ternyata ada kelebihannya. Anak sulong saya, Diana Khairani, lulusan MRSM Kulim. Ia berjaya ke University of Michigan, USA dalam jurusan Computer Engineering. Tajaan JPA dan sekarang menjagi guru di sebuah sekolah menengah di Pasir Gudang. Anak kedua, Dahlia Syahrani, lulusan Sekolah Tengku Kurshiah, Seremban, berjaya pula ke University of Pennsylvania (UPEN), USA. UPEN ini diiktiraf sebagai sebuah dari university Ivy League iaitu 10 universiti terbaik di USA. Ia mengikuti jurusan Business Studies. Tajaan JPA dan sekarang bertugas di MMU sebagai pensyarah Bahasa Inggeris.
Anak ketiga, Nurul Najwa, lulusan Sek Men Teknik Bukit Piatu, Melaka, berjaya ke Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Batu Pahat dalam jurusan IT.Tajaan KPM dan sekarang bertugas sebagai pensyarah di Politeknik Merlimau. Yang keempat, Nurin Naurah, lulusan Sek Men Agama Persekutuan Kajang, berjaya ke UTP di Perak dan mengikuti bidang Electrical Engineering. Tajaan Petronas dan sekarang bertugas di Ranhill.
Anak kelima, Nur Zatulitri, lulusan Sek Men Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan, berjaya ke UIAM dalam bidang undang-undang. Tajaan JPA dan sekarang bertugas di Raslan and Loong. Yang keenam, Rahimatul Lubna, lulusan Kolej Islam, Klang, telah mengikuti A-Level di Kolej UEM Lembah Bringin sebelum ke University of Lancaster, UK. Ia mengikuti bidang Ekonomi. Tajaan JPA. Akan tamat pengajian Jun 2010. Yang ketujuh, Mohammad Ilmi Najhan, lulusan Sek Men Keb Tinggi Batu Pahat akan menamatkan pengajian IT di UITM, Shah Alam, Mei 2010. Ia mendapat pinjaman PTPTN.
Anak ketujuh, Mohammad Izzat Naqib, lulusan Kolej Islam Klang, sekarang dalam tahun pertama di Universiti al-Azhar, Mesir dalam bidang Sariyyah Muamalat. Tajaan Yayasan Restu - Amanah Raya. Yang bongsu, Nur Zahin Rifhan sedang menunggu SPMnya. Lulusan Sek Men Keb Agama (MAAHAD) Muar. Masih menyenaraikan pilihan. Belum putus.
Anak pertama dan kedua adalah pilihan JPA untuk American University Programme. Mereka adalah kumpulan pelajar yang terpilih dari berbagai pelajar sekolah berasrama penuh. Anak yang keenam telah melalui beberapa temuduga seperti Petronas, PNB dan JPA sebelum mendapat tawaran JPA.
Anak yang kelapan agak unik sedikit. Dia berminat mengambil sijil STAM untuk membolehkannya ke universiti al-Azhar. Maka ia mengikuti kelas tingkatan enam di Kolej Islam. Universiti al-Azhar masih mengiktiraf lulusan STAM tetapi kerana mungkin kualitinya rendah dan pelajar lulusan STAM menghadapi kesukaran kerana Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris mereka agak lemah. Untuk mengatasi hal itu satu program matrikulasi dirangka untuk pelajar Malaysia.
Amanah Raya telah memanggil kira-kira 30 orang pelajar Kolej Islam yang sedang mengikuti tingkatan enam bawah, termasuk anak kelapan saya, untuk proses temuduga. Amanah Raya merancang menghantar 100 orang pelajar pilihannya. Oleh kerana program ini baru dan maklumatnya kurang jelas barangkali maka anak saya keberatan untuk ditemuduga, temuduganya tidak lancar hingga ia tersingkir dari mereka yang terpilih pada pusingan pertama.
Sebagai ibu bapa, saya dan isteri, memahami hasrat kerajaan dan masalah Universiti al-Azhar. Oleh kerana gagal pada pusingan pertama, kami kecewa. Alhamdulillah itu rezekinya barangkali, Yayasan Restu, bersetuju menaja lima pelajar yang gagal temuduga, termasuk anak saya. tetapi malangnya anak saya berkeras ingin mengambil STAM dan ingin menolak tawaran Yayasan Restu.
Jenuh kami memujuknya, bersolah hajat , berdoa untuk melembutkan hatinya. Isteri saya tidak berhenti mengeluarkan air mata. hajatnya besar untuk melihat ada antara anaknya yang menjadi ulamak. Moga-moga sejuk ibu yang megandungnya. Usaha kami hingga menemui Pengetua kolej Islam untuk megadukan hal tentang Mohammad Izzat Naqib dan memohon kepadanya supaya dapat membantu kami memujuk anak kami supaya memenrima tawaran.
Kami terpaksa berdepan dengan pegawai Amanah Raya yang menguruskan bagi pihak Yayasan Restu. Kami yakinkan mereka bahawa in sya Allah Mohammad Izzat Naqib akan akur dengan tawaran yang diberikannya. Hingga saat-saat akhir pihak Amanah Raya meminta keyakinan kami kerana mereka kena menempah tiket penerbangan. Usaha kami yang terakhir ialah berdepan dengan anak kami di asrama sekolah. Berjam-jam lamanya berdialog untuk melembutkan hatinya. Akhirnya saya beri kata pilihan. Pagi esok abah hendakkan jawapan, kata saya.
Esoknya ia menghantas SMS dan katanya ia bersetuju untuk pergi. Beberapa hari kemudian saya membawanya pulang untuk urusan membuat pasport. Selepas itu urusan-urusan lain berjalan lancar. Oleh kerana ia berangkat pada hari raya keempat 2008 maka pada hari raya kedua kami adakan rumah terbuka untuknya. Ia nampak gembira lebih-lebih lagi dengan ucapan selamat pergi dari saudara mara.
Hari Sabtu, 4 Oktober 2008, jam 2.00 pagi ia terbang ke Kaherah. Terbanglah puteraku. Semoga kau akan jadi pejuang agamamu.
Salam..abah,ad pmbetulan skit..azhar masih iktiraf sijil STAM..masih lg menjadi antara syarat utama bg plajar malaysia yg ingin ke azhar..cumenye,matrikulasi yg naqib ikut ni,program bru kerjasama kedutaan dgn azhar..tapi,ia masih tidak membatalkn STAM sbg syarat untuk ke azhar..
ReplyDeleteini berita baru bagi abah
ReplyDelete