Apabila anak-anak sudah bekerja, ada kelapangan di dada dan perasaan. Penat lelah membesar, mentarbiah, mendidik dan memanusiakan mereka diberi balasan oleh Allah. Siapa yang tidak hendak senang, kaya dan mewah. Sekiranya kesemua harta dan kemewahan boleh memberikan kesenangan dan kebahagiaan, silakan. Saya pula berpendapat berbeza.
Sehingga bersara saya tidak pernah membeli hartanah. Tapak rumah sahaja. Itupun hanya sebuah. Saya hanya pastikan anak-anak saya menerima pendidikan sesuai dengan minat, kelayakan dan personal character mereka. Itulah harta yang saya ada.
Sesama rakan taulan dan saudara mara yang sebay, saya banyak mendengar keluhan dan rintihan mereka. Ramai anak-anak yang sudah bekerja dan berumahtangga menjadi "the boomerang kid". Mereka kembali kepada ibu bapa apabila berhadapan dengan masalah kewangan. Gaji mereka bukan kecil. Beribu-ribu ringgit kerana mereka bertaraf eksekutif.
Kadang-kadang saya kasihan kepada mereka. Rupanya sedudah diberi pendidikan dan sesudah dimanusiakan, anak-anak masih lagi belum melepaskan dirinya dari memerlukan bimbingan dan bantuan ibi bapa. Seharusnya mereka sudah berdikari dan memberi manfaat kepada ibu bapa. Malangnya masih ada anak-anak yang sudah bekerja dan berumahtangga masih kembali "menghantui" ibu bapa. Masih lagi seperti anak-anak yang memerlukan wang saku sewaktu hendak ke sekolah dahulu.
Ibu bapa yang berkemampuan tidak ada masalah kewangan. Walau bagaimanapun anak-anak harus dididik untuk berada dalam kecukupan. Harus hidup dalam lingkungan pendapatan mereka.
Alhamdulillah, Allah memberkati saya dengan anak-anak yang barangkali barakah susu ibunya, mereka tidak memberatkan tanggungan saya dan isteri. Bagi yang bekerja setia menghulur setiap bulan untuk menggembirakan ibunya. Bagi yang belum bekerja, mereka pandai berjimat. Hanya jika sesak barulah mereka menyatakan keperluan.
Alhamdulillah, mereka dalam kecukupan. Cukup dengan rumah, makan minum dan pakai mereka. Sejuk ibu yang mengandungkan mereka. Saya dan isteri bukan tidak berkecukupan. Itu Yang mereka hendak memberi. Sebenarnya wang itu tidak dihabiskan begitu sahaja. Bila ke rumah anak cucu, bawalah buah tangan. Cucu-curu yang seronok apabila dibelanja datuk dan neneknya. Hadiah bila perlu. Pemberian semangat apabila cucu mencipta kejayaan.
Maksud saya, anak-anak tidak harus lagi menyusahkan ibu bapa sesudah bekerja dan berumahtangga. Cukuplah pengorbanan mereka. Dikandung selama sembilan bulan, dilahirkan dalam keadaan sakit setengah mati, dipelihara siang dan malam, dirawat sakin dan peningnya, diajar membaca, menulis dan mengira, ditarbiahkan dengan alam dan dilatih menjadi manusia berguna. Biln anda dilontar keluar, kembalilah dengan sayap lebar panca warna. Kembalilah dengan sarat bakti untuk ibu bapa. Kenanglah mereka dalam doa. Pohonlah kesejahteraan, kebahagiaan, dalam keampunan Allah. Jdilah anak-anak soleh dan solehah. Amin
No comments:
Post a Comment