Kesemua sembilan anak saya disusukan sepenuhnya oleh isteri saya. Tidak ada yang menyusu botol atau susu lembu. Banyak yang sudah diperkatakan tentang faedahnya susu ibu kepada anak. Ia makanan paling lengkap untuk bayi yang menjadi penyambung zuriat keluarga. Dari segi biologi, anak-anak akan berkembang mengikut fitrahnya.
Saya mendapati anak-anak saya mempunyai hubungan yang dekat dengan isteri saya. Bukan mereka tidak mengasihi saya tetapi mereka banyak hormat dan mungkin takut. Dengan isteri saya mereka ada pertalian biologi yang sangat kuat.
Isteri saya sangat tegas orangnya. Seorang perfectionist. Jika ada yang tidak kena, maka pelakunya akan menerima berbagai leteran, ancaman dan hukuman. Maha Suci Allah, anak-anak tidak pula takut, jemu, melawan, membantah, lari, dendam atau merajuk. Bila keadaan reda, semuanya balik seperti asal. Kepada ibu mereka juga tempat bermanja.
Pada mulanya saya tidka berapa perasaan akan hal ini. Bila diamat-amati memang sungguh perkara ini benar. Isteri saya suri rumah sepenuh masa. Kesempatan bersama bayi dan anak yang menyusu adalah sesuatu yang biasa. Alhamdulillah perangai, maaf, "lembu" tidak ada dalam diri anak-anak saya.
Memelihara dan merawat sembilan orang anak bukan boleh take for granted. Namun hakikat ini saya akui bahawa anak-anak yang diberi susu ibu akan lebih setia, patuh, akur, menurut dan selari dengan kehendak, pendapat dan keperluan ibunya.
Pastikanlah anak anda menyusu ibunya. Andainya anda wanita berkerjaya, belajarlah cara menyimpan susu, menggunakan peralatan, mensterilkan susu dan sebagainya. Cara ini semata-mata menurut sunnatullah. Itu hak anak kita. Nanti tidak ada dakwa dakwi di akhirat.
Mjudah-mudahan ukhwah islamiah antara generasi dapat dikekal dan diperkasakan lagi. In sya Allah.
No comments:
Post a Comment